Sunday, April 29, 2012

MALAYSIA BELASAH SRI LANKA 6-0

image

 

SKUAD Harimau Malaya menceriakan peminat bola sepak tanah air apabila dengan mudah mengatasi Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam Skuad kendalian jurulatih Datuk K.Rajagobal yang mengusai permainan sejak awal perlawanan dengan mudah memperolehi gol pertama menerusi Wan Zack Haikal Wan Nor menerusi sepakan deras pada minit ke-24.

Selang dua minit kemudian, Wan Zack sekali lagi menjaringkan gol kedua skuad negara apabila menewaskan penjaga gawang Sri Lanka, Herath Mudiyanselage hasil hantaran jauh yang dilakukan oleh Mohd Safee Mohd Sali, lapor Bernama. Tersentak dengan kedudukan tersebut, pasukan pelawat cuba untuk bangkit bagi mencari gol pertama namun Malaysia yang mengusai perlawanan tidak memberi peluang kepada skuad Sri Lanka kendalian jurulatih Kolonnage Mayura Sampath.

Skuad negara yang ditemani oleh kira-kira 5,000 penyokong terus menguasai perlawanan babak kedua perlawanan yang ternyata sukar dibolosi oleh pasukan pelawat. Pesta gol bermula apabila Ahmad Hazwan Bakri kemudianya menyumbang dua gol pada minit ke-71 dan minit ke-81 dikuti gol kelima oleh Azamuddin Mohd Akil seminit kemudian. Penyerang muda, Ahmad Hazwan melengkapkan hatrik buat dirinya menerusi tandukan pada masa tambahan.

Sementara itu, pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal tidak mahu skuadnya cepat berpuas hati meskipun berjaya mencatatkan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Sri Lanka  kelmarin. Menurut beliau, masih terlalu awal untuk berasa selesa kerana banyak lagi perkara yang perlu dipertingkatkan menjelang tiga lagi aksi persahabatan menentang Filipina (1 Jun) dan juga Singapura pada 8 dan 12 Jun depan.

“Kemenangan ini penting untuk meningkatkan semula keyakinan pasukan, namun rentak dan tempo permainan serta kombinasi pemain dilihat masih perlu dipertingkatkan. “Pada masa sama, saya juga memuji kesungguhan pemain muda yang mampu memberikan cabaran kepada pemain yang lebih senior. Saya percaya, ia satu perkembangan yang sihat,” katanya.

Mengulas lanjut, Rajagobal memberitahu, skuadnya juga dilihat agak ‘lambat panas’ apabila gagal beraksi agresif pada 20 minit pertama permainan. “Namun, saya memuji semangat pemain yang berjaya mengekalkan momentum meskipun saya melakukan beberapa pertukaran. “Apa pun, ini baru satu permulaan dan saya harap setiap kekurangan skuad akan dapat diperbaiki selepas ini,” katanya. Selepas aksi menentang Filipina dan Singapura, skuad kebangsaan bakal diuji Arsenal dan Manchester City pada 24 dan 27 Julai depan.

 

  imageimage

 

image

No comments:

Post a Comment