MADRID - Gergasi Sepanyol, Real Madrid mahu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi menyingkirkan Bayern Munich.
Awal pagi esok, Real akan melayan kunjungan Bayern pada aksi aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu.
Biarpun akan beraksi di hadapan ribuan penyokong Real, Bayern tampil dengan kelebihan satu gol selepas meraih kemenangan 2-1 pada aksi pertama di Alli- anz Arena minggu lalu.
Bagaimanapun, gelora besar bakal menanti Bayern kerana Real kini berada di kemuncak prestasi terbaik selepas berjaya menjinakkan musuh tradisi, Barcelona 2-1 dalam pertembungan El Clasico awal pagi Ahad lalu.
Jurulatih Real, Jose Mourinho yang ketika ini masih bersikap 'mengunci mulut' apabila enggan mengeluarkan sebarang kenyataan media juga dijangka mengekalkan kesebelasan utama Real ketika menewaskan The Catalan tempoh hari.
Dua tonggak Brazil, Kaka dan Marcelo dan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain dijangka menjadi taruhan utama Real bagi membenam cabaran Bayern.
"Saya yakin kami mampu mengatasi tekanan, seterusnya memenangi perlawanan ini.
"Kami telah pergi sejauh ini, jadi kami tidak akan mempersia-siakannya peluang begitu sahaja," kata kapten Real, Iker Casillas.
Sementara itu, 'ayam tambatan' Real, Cristiano Ronaldo juga percaya yang sokongan padu ribuan penyokong The Galacticos mampu membantu pasukannya mara ke pentas final.
"Peminat pastinya bersama kami sejak minit pertama permainan lagi, jadi saya berazam untuk meledakkan gol awal.
"Perlawanan ini merupakan hidup mati kami sean dainya berhasrat mahu menjulang trofi Liga Juara- Juara.
"Sejak awal lagi, kami sedar Bayern akan bermain menggunakan taktik serangan balas tetapi saya tidak peduli apa juga strategi mereka.
"Ini gelanggang bertuah kami, jadi kami berhak untuk dihormati dan melakar kemenangan di depan penyokong sendiri," katanya.
Sementara itu di kem Bayern pula Pengerusinya, Karl-Heinz Rummenigge menjangkakan perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Real Madrid esok, ibarat 'kunjungan ke neraka'.
Bayern memegang kelebihan 2-1 daripada perlawanan di Munich minggu lalu selepas penyerang Jerman Mario Gomez menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90, setelah pemain tengah Real, Mesut Ozil sebelum itu menjaringkan gol awal.
"Kami amat menghormati Real, namun kami tidak takut, sekali pun kami menjangkakan 'neraka' di Stadium Bernabeu.
"Jaringan pada minit akhir (di Munich) memberikan kami sedikit peluang, namun ia tetap amat sukar di sana (Bernabeu)
"Kami harus memberikan sepenuh tumpuan dan memperkukuhkan bahagian pertahanan," kata Rummenigge.
Dalam masa yang sama Rummenigge menegaskan Bayern tidak seharusnya cuba untuk bertahan apabila berdepan Real malah jika boleh mereka perlu menjaringkan gol awal.
"Jika hanya bertahan, ia tidak akan menghasilkan apa-apa apabila berdepan pasukan yang sememangnya dikenali memiliki permainan menyerang," katanya.
Penyokong Bayern mengimpikan beraksi pada pentas final Liga Juara-Juara di stadium mereka sendiri, Allianz Arena di Munich pada 19 Mei ini, sama ada menentang Chelsea atau Barcelona ketika trofi kejohanan sudah berada di Bavaria.
"Sudah tentu ia menjadi impian besar kami untuk mara ke perlawanan akhir.
"Kami akan mencuba segala-galanya bagi memastikan impian menjadi kenyataan.
"Ia pasti menakjubkan dan bersejarah kerana belum ada pasukan yang mara ke perlawanan akhir di stadium mereka sendiri," jelasnya.
- Reuters
No comments:
Post a Comment