Tuesday, April 24, 2012

CHELSEA KE FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE

BARCELONA: Chelsea layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menerusi kemenangan agregat 3-2 selepas seri 2-2 dengan Barcelona pada saingan kedua separuh akhir di Nou Camp.
Chelsea yang bermain 10 orang selepas kaptennya, John Terry dikenakan kad merah pada minit ke-43 akan bertemu sama ada Real Madrid atau Bayern Munich. Pada perlawanan pertama separuh akhir di Stamford Brigde, Chelsea menang 1-0 ke atas Barcelona.

Barcelona membuka tirai jaringan menerusi Sergio Busquets pada minit ke-35 tetapi Chelsea dikejutkan apabilla Terry dikenakan kad merah selepas memijak penyerang Barcelona, Sanchez Alexis pada minit ke-36.Andres Iniesta meletakkan Barca di depan pada minit ke-43 namun Chelsea memperoleh jaringan pada minit ke-46 masa tambahan menerusi Ramires.

Masuk masa kedua, Barcelona hampir memperoleh gol tetapi sepakan penalti Lionel Messi terkena palang. Barca kemudian kebuntuan memperoleh jaringan meskipun mendominasi serangan dan pada minit tambahan, Fernando Torres meloloskan diri daripada pertahanan Barca untuk gol penyamaan Chelsea.

Sementara itu, kapten Chelsea John Terry meminta maaf kepada penyokong kelab berkenaan kerana menerima kad merah ketika menentang Barcelona awal pagi tadi, sekali gus memaksa beliau hanya duduk di bangku simpanan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bulan depan.

Ikon Chelsea itu diperintah keluar padang pada minit ke-37 dalam perlawanan penuh mendebarkan di Nou Camp yang menyaksikan kelab Liga Perdana Inggeris itu layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menerusi kemenangan agregat 3-2 selepas seri 2-2 dengan Barcelona.

Penyingkiran Terry memberi ancaman kepada Chelsea, yang membiarkan gawang bolos kali kedua selepas jaringan gol pembukaan oleh Sergio Busquets pada perlawanan awal pagi tadi. Bagaimanapun, pemain veteran itu berharap Ramires dan Fernando Torres akan mempamerkan aksi luar biasa mereka pada perlawanan akhir nanti. –AFP

 

Gol penyamaan dari Fernando Torres    Chelsea dengan 10 orang pemain apabila John Terry dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan   Pemain Chelsea meraikan kejayaan ke Final Liga Juara-Juara

 

  Sergio Basquest jaringkan golo pembukaan Barca  Andreas Iniesta jaringkan gol kedua Barca  Lionel Messi gagal jaringkan penalti

 

 

Barcelona Team Statistics Chelsea
2 Goals 2
2 1st Half Goals 1
6 Shots on Target 3
10 Shots off Target 4
7 Blocked Shots 0
10 Corners 1
8 Fouls 10
1 Offsides 1
2 Yellow Cards 6
0 Red Cards 1
90.2 Passing Success 64.8
18 Tackles 24
88.9 Tackles Success 70.8
82.5 Possession 17.5
81.7 Territorial Advantage 18.3
745 Total Passes 145
25 Total Crosses 2
134 Lost Balls 128
63 Recoveries 49
79.7 1st Half Poss. 20.3
87.6 2nd Half Poss. 12.4

No comments:

Post a Comment