Tuesday, May 1, 2012

MAN CITY HAMPIRI KEJUARAAN LIGA PERDANA INGGERIS

imageMANCHESTER City menguasai kembali kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengatasi pesaing terdekatnya, Manchester United (MU) 1-0 dalam perlawanan yang menarik jutaan imagepeminat dari seluruh dunia. Dengan kemenangan ini, kedua-dua kelab menghimpunkan 83 mata, tetapi City berada di depan dengan perbezaan mata.Jaringan pada waktu kecederaan di separuh masa pertama memberi kelebihan kepada City untuk memintas MU yang mendahului lawannya sejak lebih sebulan lalu.

Kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan untuk disempurnakan dan dijangka juara akan ditentukan menerusi perbezaan mata, yang mana City ada kelebihan dalam soal ini.Sememangnya kemenangan perlawanan yang diadakan awal pagi Selasa (waktu Malaysia) amat diperlukan oleh City sedangkan MU hanya memerlukan keputusan seri untuk memenangi gelaran buat kali ke-20.

Digamit perasaan penuh emosi, pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson melontar tuduhan betapa rakan sejawatannya, Roberto Mancini cuba mempengaruhi atau memujuk pengadil selepas bertelagah di tepi garisan dengan bos Manchester City, awal pagi semalam. Ferguson dan Mancini terpaksa dileraikan semasa insiden tuding menuding jari pada minit ke-76 di Stadium Etihad yang menyaksikan City kini memiliki kelebihan memenangi perlumbaan merebut mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris. 

Kapten City, Vincent Kompany muncul wira pasukan dengan gol tunggal hasil tandukan pada minit ke-45. Ferguson dilhat melompat daripada tempat duduknya membantah tindakan Nigel De Jong yang mengasari pemain gantian United, Danny Welbeck. Pengurus United berusia 70 tahun itu kemudian menuduh Mancini mengganggu pegawai sepanjang perlawanan yang disifatkan penentuan untuk kejuaraan. “Mancini mengganggu pengadil dan pegawai keempat sepanjang perlawanan,” kata Ferguson. “Dia sering merungut mengenai pengadil sepanjang minggu, tetapi dia tidak boleh merungut kali ini.” 

imageBagaimanapun Ferguson mempunyai beberapa rungutan mengenai kekalahan itu yang menyaksikan dia mengakui City kini mempunyai kelebihan memenangi kejuaraan.  “Kami gagal menguji penjaga gol mereka sepenuhnya, kami bermula baik dan dalam 15 minit pertama kami menguasai saingan, tetapi kami tidak bernasib baik apabila dibocori sebelum tamat separuh masa,” kata Ferguson, yang menyaksikan barisannya hanya mengutip empat daripada 12 mata dari empat perlawanan terakhir mereka.

Sementara itu, Mancini enggan meneruskan perbalahan dengan Ferguson. “Saya bercakap dengan pegawai keempat perlawanan, dia memberitahu saya dengan beberapa patah perkataan, saya menjawabnya dan selesai,” kata Mancini, yang bersalam dengan Ferguson selepas wisel penamat. Dia juga ketawa dengan tuduhan Ferguson bahawa dia cuba mempengaruhi pegawai perlawanan. “Dan dia? Tidak? Dia tidak pernah bercakap dengan pengadil, tidak, tidak pernah,” kata Mancini secara sinis. – AFP

 

image  image

image image

FAKTA PERLAWANAN

Manchester City

Team Statistics

Manchester United

1

Goals

0

1

1st Half Goals

0

3

Shots on Target

0

7

Shots off Target

2

5

Blocked Shots

3

8

Corners

8

11

Fouls

15

1

Offsides

0

3

Yellow Cards

2

0

Red Cards

0

84

Passing Success

80.8

17

Tackles

36

70.6

Tackles Success

69.4

52.6

Possession

47.4

54

Territorial Advantage

46

450

Total Passes

396

26

Total Crosses

30

169

Lost Balls

167

52

Recoveries

46

60.2

1st Half Poss.

39.8

45.6

2nd Half Poss.

54.4

No comments:

Post a Comment