Tuesday, April 17, 2012

Wigan Capai Kemenangan Kejutkan Arsenal 2-1

 

Pemain Wigan, Jordi Gomez (dua kiri) meraikan gol jaringannya dan juga gol kedua Wigan                            Franco Di Santo goal Arsenal v Wigan

 Arsenal v Wigan James McCarthy v Tomas Rosicky        Thomas Vermaelen goal Arsenal v Wigan

Rembatan Franco di Santo pada minit ketujuh dan jaringan Jordi Gomez satu minit selepas itu membolehkan Wigan Athletic memperoleh kemenangan selesa, sekali gus mengelak daripada disingkirkan dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Wigan yang berusaha untuk mendahului gol pada babak awal perlawanan bagaimanapun berhasil apabila berjaya menjaringkan dua gol bagi menewaskan Arsenal.
Arsenal yang ketinggalan dua gol di belakang tidak berputus asa apabila terus berusaha menjaringkan gol.
Akhirnya, Arsenal menghasilkan gol pertama apabila tandukan Thomas Vermaelen pada minit ke-21 berjaya mengalahkan penjaga gol dan membolosi pintu gawang Wigan.
Pun begitu Arsenal gagal untuk mendapatkan gol penyamaan dan terpaksa akur apabila tewas ditangan Wigan 1-2 yang sebelum ini pernah mengalahkan Liverpool 2-1, Stoke City 2-0 dan Manchester United 1-0 musim ini.
Dengan melengkapkan 34 perlawanan setakat ini, Arsenal kekal di tangga ketiga Liga dengan mengutip 64 mata manakala Wigan berada kedudukan lima terakhir yang mengutip 34 mata. Arsenal akan bertemu Chelsea, manakala Wigan akan bertemu Fulham pada perlawanan ke-35, Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment