Monday, April 16, 2012

Johor FC Tamatkan Kontrak K Devan


JODOH K.Devan bersama Johor FC tidak berpanjangan.Belum pun sampai semusim menjadi
jurulatih skuad Lebah, Devan disingkir apabila Johor FC sekadar menghuni tangga kedua tercorot
selepas berakhirnya pusingan pertama saingan Liga Super kelmarin.
Keputusan itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat Johor FC, Mohd. Tahir Hamdan kepada Kosmo!
semalam. Menurut Mohd. Tahir, kontrak Devan akan ditamatkan serta-merta dan tempat beliau akan
diganti oleh Sazali Saidon. Sazali sebelum ini pernah memangku jawatan ketua jurulatih Johor FC
selepas Azuan Zain ‘direhatkan’ pada September tahun lepas atas alasan kesihatan.
“Pihak pengurusan telah bersetuju untuk melantik Sazali Saidon bagi menggantikan Devan untuk baki
saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
“Bagaimanapun, untuk perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super menentang Selangor Selasa ini,
penolong jurulatih, Azmi Mohamad akan membawa pemain ke Shah Alam memandangkan proses pertukaran
akan mengambil masa beberapa hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Bulan lepas, pihak pengurusan Johor FC telah menyerahkan surat amaran kepada Devan serta enam
pemainnya dan menetapkan tiga perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super sebagai penanda aras
masa depan Devan bersama pasukan berstatus kelab itu.
Bagaimanapun, Johor FC sekadar seri tanpa jaringan menentang Terengganu pada 31 Mac dan tewas 0-1
kepada Lions XII di tempat sendiri sebelum seri 1-1 menentang Selangor kelmarin.
“Pada awalnya kami bercadang untuk merehatkan Devan tetapi selepas berbincang, adalah lebih baik jika
kita tamatkan terus kontrak beliau. Saya harap, dengan jurulatih baharu ini, nasib Johor FC akan berubah,”
kata Mohd. Tahir.
Sementara itu, Devan ketika dihubungi berkata, pihak pengurusan tidak sepatutnya mengambil keputusan
terburu-buru. Katanya, kedudukan Johor FC dalam liga setakat ini tidak menggambarkan prestasi sebenar
 skuad Lebah. “Pihak pengurusan harus kaji punca dan kelemahan sebenar pasukan ini. Banyak faktor yang
 meletakkan Johor FC pada kedudukan sekarang.
“Jika dibuat analisis, prestasi Johor FC di tempat lawan agak baik tetapi kita sering tidak bernasib baik
apabila beraksi di tempat sendiri. “Sepatutnya pihak pengurusan tidak cepat panik dan ambil keputusan
terburu-buru,” katanya.






Apa boleh buat…Jodah tak panjang kan En. Devan.. Mungkin masanya untuk mencuba pasukan baru..
Apa kata Kuala Lumpur, mungkin En. Devan akan lebih success di Liga Perdana.
Kita Tunggu dan lihat.. Sementara itu semoga En.Devan tabah dan merencana strategi baru bersama pasukan yang baru musim hadapan…

No comments:

Post a Comment